Monday, March 30, 2009

UMNO itu adil. Selamat berjumpa kembali

Saudara saudara ku yang dihormati,
Saya rasa terpanggil untuk menyumbang ide bagi merancakkan dunia blog kita yang begitu panas akhir2 ini ekoran banyak isu2 baru yang timbul. Semangat saya masih membara dan sikap saya amat membenci perkara2 yang boleh mengugat kesetabilan negara serta perpaduan antara kaum. Saya terutamanya amat membenci penderhaka terutama terhadap sultan dan raja. Raja wujud sebagai payung untuk melindungi agama suci islam dan sebagai pembela nasib rakyat berbilang kaum dan agama. Marilah kita semua menolak jauh orang yang secara terang2 telah mencetuskan kekacauan dan sanggup menderhaka kepada raja sendiri demi mengejar agenda politik mereka. Malaysia tidak ada tempat untuk orang yang kemaruk kuasa. Yang hilang kuasa dan terus jadi gila kuasa. Mari kita tentukan anak cucu cicit kita tidak terpengaruh dengan orang2 seperti ini. Ajarlah anak cucu cicit kita untuk menghargai perpaduan yang diperjuangkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang sejak merdeka lagi tidak jemu2 memperjuangkan perpaduan antara kaum di Malaysia. Kaum yang lemah tidak pernah di abai malah tanpa DEB bukan saja melayu akan tertinggal tapi kaum lain juga mungkin akan tertinggal jauh dalam semua bidang. Pergeseran pasti timbul yang pasti mencetuskan insiden2 tidak sihat seperti Mei 13 contohnya.

Isu Chin Peng juga tiba2 mengganggu ketenangan hidup kita. Siapalah komunis Chin Peng yang cuba dibawa pulang ke Malaysia? Kita telah berjuang bermati-matian selama beberapa tahun untuk menghapuskan komunis di Malaysia suatu ketika dahulu. Ramai anggota keselamatan kita terkorban angkara komunis ini. Walau pun perjanjian damai telah ditanggani, Chin Peng jangan dibenar pulang walau sesaat. Banyak implikasi buruk akan berlaku jika beliau pulang. Lawatan PM ke negara Cina jangan dikaitkan dengan Chin Peng sebab kedua isu amat berbeza. Sememangnya Chin Peng wajib diadili oleh pihak mahkamah atas kesalahan2 lampau beliau, sepertimana Pol Pot dan Radovan Karadzic.

Kerajaan Malaysia mesti lebih bersikap proaktif dan jangan lambat menyampaikan segala mesej yang berguna kepada rakyat. Segala tohmahan dari pihak pembangkang wajib ditangkis secepat mungkin oleh pihak kerajaan. Laman2 web anti-kerajaan mesti dipantau dan diambil tindakan tegas sebab setiap hari ada sahaja berita2 tidak benar yang berunsur anti-kerajaan disiarkan dengan bebasnya. Jadilah sebuah kerajaan yang tegas dan efektif demi keamanan kita semua. Punca BN kalah teruk di kawasan majoriti bukan melayu adalah disebabkan pengaruh internet terutamanya laman web Malaysiakini.